Wednesday, 20 May 2015

Rahsia susu ibu

Umumnya 3 kewajipan wanita bergelar isteri dan ibu untuk berjihad kepada Allah.

Makanan pelengkap

Wanita itu dikira berjihad jika dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur genap 2 tahun. Selain mengandungI nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ia sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut.

Untuk penjagaan Kesihatan

Jihad ni boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi  bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik yang lain. Sekaligus dapat mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Semata-mata kerana Allah

Jihad ini tidak dijanjikan sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu berjihad kerana Allah. Boleh jadi atas dasar kegembiraan atau kesyukuran.
Contohnya " Alhamdulillah aku kini bergelar ibu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menyusukan bayi ini genap dua tahun!"

Nikmatilah detik-detik keemasan tempoh menyusukan itu. Kuasa itu menjana aura luar biasa jika dilakukan dengan penuh komitmen. Betulkan yang biasa dengan membudayakan amalan menyusukan anak dengan susu ibu.

Sumbangsih majalah solusi
Siti Hasnor Khamis

No comments:

Post a Comment