Makan set kurus tapi tak kurus kurus.
Makan set kulit cantik tapi kulit tetap macam muka bulan
Makan set sendi tapi sendi masih rasa sakit.
Makan set kesuburan tapi....
Ada tak kat sini mengalami situasi diatas.. Mestilah ada.. kan..
Sedikit perkongsian antara beberapa sebab makan suplemen tapi masih tak dapat kesan yang dikehendaki.
1. Minum air 3L sehari.
Dulu saya susah nak minum air. Kalau minum of coursela air manis kan sedap. Tu lah yang silap. Sebenarnya tubuh kita amat memerlukan air supaya sel tubuh dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Setiap sel mengandungi 80% cecair. Apabila mengambil sebarang suplemen, ia perlu larut supaya dapat diserap oleh sel. so kalau kurang minum air, nutrien takkan sampai ke sel tubuh kita. selain itu, air diperlukan untuk menyingkirkan toksik keluar dari tubuh. so walaupun makan suplemen, toksik masih ada dalam tubuh tentu-tentu suplemen sukar memberi impak kepada tubuh.
2. Jadual pengambilan
Bila rasa nak ambik, ambik.. bila tak nak tak ambik. Sama seperti ubat, mengambil suplemen mestilah mengikut jadual yang diberikan. Kita tak digalakkan untuk mengambil semua suplemen dalam 1 masa. Ini juga akan menyukarkan penyerapan dan suplemen menjadi kurang berkesan.
3. Dos pengambilan
Dos pengambilan yang disarankan oleh RDA biasanya tertulis pada botol. Jadi kena ikutlah saranan yang diberikan supaya kita dapat kesan lebih cepat dan efektif.
4. Pantang larang
Ada setengah suplemen tak digalakkan untuk ambil bersama seperti alfalfa dan ostematrix. Zinc pula lebih sesuai diambil semasa perut kosong. Panduan sebegini perlu diberi perhatian kerana ia juga akan menggangu kesan penyerapan suplemen.
5. No kafein please.
Terdapat individu yang mengambil suplemen dengan kopi atau teh sebab tak boleh nak telan. Sebenarnya kafein juga mengganggu penyerapan nutrien secara optimum. Sebaiknya ia diambil bersama air kosong. Jika tak boleh juga boleh ambil bersama jus buah.. itu lebih baik.
6. Jarakkan pengambilan jika di bawah pengawasan.
Individu dibawah pengawasan doktor kerana sakit kronik perlu menjarakkan pengambilan suplemen seeloknya 2 jam daripada ubat. Contoh jika jam 7am ambil ubat doktor, maka pengambilan suplemen perlu pada jam 9 am pagi. Ia mengelakkan sebarang interaksi antara ubat dan suplemen yang tidak diingini.
Kesimpulannya, sama ada pengambilan ubat atau suplemen perlukan disiplin bagi mendapatkan hasil yang diingini. Kita perlu mengikut peraturan yang digariskan untuk mendapatkan kesan yang optimum. Ikut nasihat yang diberikan supaya tiada sebarang komplikasi.
Hanya sekadar perkongsian..
No comments:
Post a Comment