Sunday, 10 April 2016

Petua menghilangkan bau badan yang kurang enak

Bau badan yang kuat memang kurang menyenangkan. Sehingga ada yang menjauhkan diri dan naik segan dibuatnya.

Punca utama ialah proses pembuangan dan penghadaman yang tidak lancar. Jadi banyaklah toksik terkumpul di dalam badan tak dapat dikeluarkan.

Masalah lebih besar bila mula berpeluh. Peluh yang dijangkiti bakteria mula menghasilkan bau yang sangat tidak enak.

Selain itu, masalah hormon juga menyumbang kepada masalah bau badan

Petua 1

Kerap bersihkan diri.
Mandilah 2 atau 3 kali sehari jika perlu. Badan yang bersih mengelakkan jangkitan bakteria.
Pilih sabun antiseptik yang sesuai. Pastikan peluh kering dulu sebelum mandi.
Atau gunakan sahaja limau, lebih murah kan.

Petua 2

Penting memakai deodorant. Deodoran yang bersesuaian tubuh mampu mengelakkan jangkitan dan menyebabkan bau badan.

Petua 3

Jaga pemakanan. Elakkan makanan berminyak, pedas dan berlemak. Elok juga lebihkan sayuran. Tukar cara memasak kepada stim atau grill. Anda akan rasa perbezaannya selepas 1 minggu.
Kurangkan pengambilan makanan diproses dan makanan segera.

Petua 4

Amalkan suplemen yang bersesuaian. Pilihan kami tentu dari shaklee.

Cadangan saya mulakan detoks dengan herblax. Herblax sangat bagus menyingkirkan dan melembutkan najis yang dah lama tersekat di usus kita. 

Kemudian diikuti dengan pengambilan alfalfa secara konsisten setiap hari. Alfalfa tumbuhan ajaib yang kaya dengan serat dan sangat beralkali.  Ia berfungsi menghilangkan toksin dari badan serta mengembalikan kenormalan badan yang berasid.

Anda juga boleh mengamalkan garlic. Ia mengandungi alisin dan hanya akan bertindak di dalam perut dan usus. Ia juga diperkaya dengan ekstrak spearmint dan rosemary. Fungsi utama sebagai antibiotik semulajadi.

Saya juga suka mengamalkan vitamin C kerana ia boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan kuman. Saya suka bagi anak saya vitamin C. Kalau dulu bila balik sekolah.. faham sahaja budak sedang membesar.. tapi sejak mengamalkan vitamin C bau badan semakin hilang dan lebih terkawal.

Sedikit perkongsian agar lebih bermanfaat.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang sama, jangan segan menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu anda mengatasi masalah dengan izin Allah.

Berminat menjadi ahli? Tentunya sangat dialu2kan. Jimat 25% pada harga runcit. Banyak lagi faedah lain yang anda akan capai.

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang penyakit. Jika keadaan berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa doktor bertauliah untuk rawatan lanjut.

Salam sayang
Nurul
0132742174

No comments:

Post a Comment