Monday, 10 September 2018

Hamil tapi HB makin rendah

Hamil tapi Hb semakin rendah. Biasa dengar dan pernah alaminya.

Hb adalah haemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen dalam darah ke sel-sel tubuh. Hb adalah kenderaan utama supaya oksigen dapat sampai ke destinasi dengan berjaya.

Bagi ibu yang tidak hamil, doktor menyarankan paras Hb adalah 12 gd/l manakala ibu hamil adalah sekitar 11 gd/l.

Anaemia ialah satu keadaan dimana paras haemoglobin  dibawah paras normal. Keadaan ini dipanggil Hb rendah atau kurang darah merah.

Bagaimana Hb rendah ini terjadi

1. Berlaku luka atau pertumpahan darah yang banyak selepas bersalin atau pembedahan.
2. Kurangnya penghasilan sel darah merah dalam badan disebabkan kurang nutrisi yang diperlukan dan selalunya berlaku pada ibu hamil.
3. Berlaku kemusnahan sel darah merah dalam badan disebabkan penyakit thalasemia, sel sabit dan toksin yang dihasilkan oleh buah pinggang.

Gejala Hb rendah yang boleh dikenalpasti:
1 cepat penat dan keletihan
2 senang berlaku kekejangan otot
3 kulit nampak pucat
4 jantung berdegup kencang
5 kurang nafas dan cepat mengah

Risiko Hb rendah kepada ibu dan bayi
๐ŸŒธ Bayi lemas disebabkan kurang oksigen lalu keguguran
๐ŸŒธ Bayi tidak dapat membesar dengan baik semasa dalam kandungan
๐ŸŒธ Bayi pramatang dilahirkan iaitu tidak cukup berat dan lahir awal
๐ŸŒธ Bayi pramatang berisiko mengalami demam kuning yang lama
๐ŸŒธ Bayi berisiko mengalami kecacatan tulang belakang yang serius (spina bifidus) dan kecacatan bahagian otak seperti sindrom down

Bahaya Hb rendah pada ibu ialah ibu mungkin mati semasa bersalin, ibu mungkin menerima darah dari sumber lain dan meroyan selepas bersalin.

Cara menaikan Hb dalam darah

Terdapat 4 nutrisi penting yang diperlukan untuk pembentukan haemoglobin dalam darah iaitu

✅zat besi
✅asid folik
✅ Vitamin B12
✅ Vitamin C

Cara meningkatkan Hb adalah melalui makanan yang seimbang

๐Ÿ„ makan makanan yang membantu menaikkan hb
๐Ÿ„makan ubat pil ubat yang disarann oleh doktor
๐Ÿ„amalkan suplemen ibu mengandung.

Anda boleh merujuk kepada set kehamilan shaklee. Untuk maklumat lanjut mungkin menghubungi saya.

Mama Farizan



No comments:

Post a Comment