Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Baru selesai baca blog sahabat ku Ahlia Hafiz (www.momstoreretail.blogspot.com) tentang Intermittent Fasting. Info sangat menarik.
Intermittent Fasting atau IF sangat sinonim bila kita rasa nak kurus.
Sebenarnya IF bukanlah sejenis diet. Ia lebih kepada gaya pemakanan baru yang diamalkan untuk mencapai matlamat kesihatan tertentu. IF adalah berpuasa secara berkala dimana kita menjarakkan waktu makan dan waktu tidak makan. Waktu tidak makan dipanjangkan dan waktu makan dihadkan.
Kalau ikutkan sejarah manusia, nenek moyang kita hidup secara nomad. Mereka pergi berburu dan mereka hanya makan apabila terdapat makanan. Hampir sepanjang hari mereka berburu di hutan dan mencari makanan.
Bila dah dapat seekor rusa, maka mereka perlu makan terus. Tiada kemudahan untuk menyimpan makanan seperti zaman sekarang. Kalau diikutkan zaman kita sekarang, hampir penuh peti ais dengan stok makanan seminggu. Aduhai.
Tubuh kita sebenarnya telah dicipta untuk menahan lapar. Oleh sebab itu, adanya puasa Nabi Daud as dan juga puasa Ramadan. Bagi mereka yang sudah mengamalkan IF, maka tubuh mereka akan mudah berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis serta puasa putih
Jadi apakah IF sebenarnya...
Intermitten fasting adalah puasa tetapi boleh minum air. Kita hanya dibenarkan makan dalam had waktu yang ditetapkan. Had masa untuk puasa dan had masa untuk makan boleh disesuaikan mengikut rutin hidup, kemampuan diri dan matlamat kita.
Perkara penting ialah IF bukan DIET. Bukan Crash diet ataupun fad diet.
IF adalah gaya hidup baru atau GAYA PEMAKANAN BARU.
IF sangat membantu untuk proses penurunan berat badan tetapi kita harus faham dulu fisiologi badan supaya kita jelas. Disini ilmu sangat penting supaya kadar kejayaan lebih tinggi dan tidak kelaparan.
“Kenapa dia 2 minggu turun 10 kilo, aku tidak?????” 😩
Aduh. Cemburu kan.
Setiap orang tidak sama maka perlukan strategi dan pendekatan yang berbeza
Satu cabaran yang sangat besar saya ialah selalu fikir apa nak makan.
Sedangkan fokus utama kita tidak harus makan. Hanya boleh minum air sahaja. Boleh makan nanti bila sudah masa berbuka.
Sejujurnya, kita harus latih minda sebelum memulakan IF kerana bila sentiasa berfikir tentang makanan sahaja menyebabkan kita sentiasa lapar dan menyebabkan IF kita kegagalan. Elakkan menonton rancangan masakan dan gambar makanan.
Apa Manfaat IF
Secara umumnya IF sangat membantu menurunkan obesiti, kerintangan insulin, mengatasi kolesterol, hipertensi dan keradangan.
Jadinya semasa kita memilih untuk memulakan IF tentukan dulu matlamat yang mahu kita capai.
Semoga bejaya
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotatinggi