Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Set Bersalin Shaklee mudah dan berkesan

SALAM. Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Bersalin Shaklee. Ramai yang dah mencuba dan mendapat kebaikan sepenuhnya. Apa yang ada di sebalik set bersalin Shaklee ya.

SET ASAS 


Set Asas terdiri daripada Vita-Lea with Iron formula, B-Complex, Sustained Released Vita-C dan Zinc Complex.

Vita-Lea membekalkan 23 jenis vitamin yang diperlukan sepanjang proses berpantang bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh ibu. Ibu perlu mengelakkan makanan tertentu oleh itu melalui pengambilan vitalea, keperluan nutrisi dan vitamin ibu dapat dipenuhi dengan baik. Zat besi diperlukan bagi pembentukan sel darah merah kerana ibu telah kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran bayi. Ibu yang kekurangan darah akan kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya.

Vitamin B Kompleks bertindak sebagai penenang atau anti stress bagi mengelakkan sindrom meroyan semasa proses berpantang. Ia menukarkan makanan kepada tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, tubuh akan kembali bertenaga dan segar sepanjang berpantang.

Vitamin C pula sangat penting dalam membaik pulih luka jahitan. Ia meningkatkan imun sistem dan membantu dalam pembentukan kolagen.

Zink diperlukan untuk mempercepatkan luka selepas bersalin. Ia banyak terdapat didalam ikan haruan dan menjadi makanan utama sepanjang proses berpantang.


SET PREMIUM SHAKLEE

Set Premium Shaklee menawarkan suplemen yang lebih menyeluruh. Set Premium mengandungi set basic termasuk  Enegizing Soy Protein Isolate Powder, ostematrix alfalfa complex dan lecithin.

ESP, Alfalfa dan Vita-lea berfungsi untuk memulihkan bahagian dalaman. B-Complex mengelakkan meroyan dan memanaskan badan. Ostematrix berperanan mengelakkan sembelit yang sangat ditakuti oleh ibu-ibu berpantang. Zinc Complex menyembuhkan luka. Alfalfa, ESP dan lecithin memperbanyakkan susu serta mengurangkan bengkak susu. Alfalfa bertindak sebagai minuman herba detoks semasa berpantang.

Ada juga ibu berpantang mengalami rasa sengal- sengal dan sejuk. Ia boleh diatasi dengan mengambil omega guard. Selain itu ia sangat baik untuk perkembangan otak bayi.


Jom lihat testimoni yang telah berpuashati dengan set bersalin shaklee.




Penafian; Segala testimoni / penulisan tentang produk di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan sebarang penyakit. Jika anda mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sunday, 21 September 2014

ESP SHAKLEE ... untuk semua peringkat umur.


Protein sangat penting dalam pembentukan otot, tulang, kulit, rambut dan pelbagai organ dan tisu tubuh serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka organ kita sangat memerlukan protin.

Sumber protin?


Protin boleh didapati melalui daging merah, ikan, ayam telur, kekacang dan banyak lagi. Tetapi ia akan musnah apabila dimasak pada suhu yang tinggi.

Apa itu asid amino?


Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino. Setiap satu akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh yang dikenali asid amino tak perlu. 

Asid amino yang yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dikenali sebagai asid perlu. Ia harus diperolehi dari sumber pemakanan.

The Shaklee Difference


Shakle menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut melalui ESP [Soy Protein Isolate Powder].

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program [IPP]. Ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik , daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Kandungan Indeks glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan is sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Antara kelebihan ESP Shaklee:

  • Awet muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavone, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Kulit remaja- merangsang pembentukan kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • membaiki masalah rambut beruban dan rambut gugur


Selamat  Mencuba !!!

*********************************************************************************
**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.