Thursday, 9 February 2023

Intermittent Fasting (IF) Gaya pemakanan Baru

 

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Baru selesai baca blog sahabat ku Ahlia Hafiz  (www.momstoreretail.blogspot.com)  tentang Intermittent Fasting. Info sangat menarik. 



Intermittent Fasting atau IF sangat sinonim bila kita rasa nak kurus.

Sebenarnya IF bukanlah sejenis diet. Ia lebih kepada gaya pemakanan baru yang diamalkan untuk mencapai matlamat kesihatan tertentu. IF adalah berpuasa secara berkala dimana kita menjarakkan waktu makan dan waktu tidak makan. Waktu tidak makan dipanjangkan dan waktu makan dihadkan.

Kalau ikutkan sejarah manusia, nenek moyang kita hidup secara nomad. Mereka pergi berburu dan mereka hanya makan apabila terdapat makanan. Hampir sepanjang hari mereka berburu di hutan dan mencari makanan.

Bila dah dapat seekor rusa, maka mereka perlu makan terus. Tiada kemudahan untuk menyimpan makanan seperti zaman sekarang. Kalau diikutkan zaman kita sekarang, hampir penuh peti ais dengan stok makanan seminggu. Aduhai.

Tubuh kita sebenarnya telah dicipta untuk menahan lapar. Oleh sebab itu, adanya puasa Nabi Daud as dan juga puasa Ramadan. Bagi mereka yang sudah mengamalkan IF, maka tubuh mereka akan mudah berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis serta puasa putih 


Jadi apakah IF sebenarnya...

Intermitten fasting adalah puasa tetapi boleh minum air. Kita hanya dibenarkan makan dalam had waktu yang ditetapkan. Had masa untuk puasa dan had masa untuk makan boleh disesuaikan mengikut rutin hidup, kemampuan diri dan matlamat kita.

Perkara penting ialah IF bukan DIET. Bukan Crash diet ataupun fad diet. 

IF adalah gaya hidup baru atau GAYA PEMAKANAN BARU. 

IF sangat membantu untuk proses penurunan berat badan tetapi kita harus faham dulu fisiologi badan supaya kita jelas. Disini ilmu sangat penting supaya kadar kejayaan lebih tinggi dan tidak kelaparan. 


“Kenapa dia 2 minggu turun 10 kilo, aku tidak?????” 😩


Aduh. Cemburu kan. 

Setiap orang tidak sama maka perlukan strategi dan pendekatan yang berbeza

Satu cabaran yang sangat besar saya ialah selalu fikir apa nak makan. 

Sedangkan fokus utama kita tidak harus makan. Hanya boleh minum air sahaja.  Boleh makan nanti bila sudah masa berbuka.

Sejujurnya, kita harus latih minda sebelum memulakan IF kerana bila sentiasa berfikir tentang makanan sahaja menyebabkan kita sentiasa lapar dan menyebabkan IF kita kegagalan. Elakkan menonton rancangan masakan dan gambar makanan.


Apa Manfaat IF



Secara umumnya IF sangat membantu menurunkan obesiti, kerintangan insulin, mengatasi kolesterol, hipertensi dan keradangan. 

Jadinya semasa kita memilih untuk memulakan IF tentukan dulu matlamat yang mahu kita capai.

Semoga bejaya


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotatinggi




Monday, 9 August 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Ia bermaksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). 

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Dengan itu buku amalan kita sepanjang tahun lalu ditutup dan lembaran catatan baru dibuka

Image via photobucket.com


Moga Maal Hijrah pada kali menjadikan kita insan yang lebih baik dari yang sebelumnya dan terus berusaha menjadi yang terbaik.


Hijrah itu bukan pelarian, 
Tetapi tuntutan dari tuhan, 
Sama-sama tingkatkan amalan, 
Agar hidup sentiasa aman.

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/ucapan-maal-hijrah/



Friday, 8 May 2020

Prenatal Set Shaklee Membantu Ibu Hamil

Hamil?

Hamil lagi?

Sihat ni.. Takde morning sickness ke?


Bila ibu-ibu ni disahkan hamil... tidak kira la anak ke berapa, pasti akan terfikir...

1. nak buat buku merah kat KK
2. nak kene minum air gula
3. nak ambil suplemen apa.. tak kira lah     
    anak sulung, kedua, ketiga dan. .....
    kesepuluh.

Senyum...

Hakikatnya, setiap kali berbadan dua pasti ragamnya berbeza.

Kali ni saya nak share tentang set kehamilan shaklee (prenatal set) ................ 

Kehamilan saya yang keempat ( anak no 4) ada GDM disebabkan faktor usia.

Happy sangat sebab Allah kurniakan anak pada usia 39 tahun.  Masa ni cuba 100% prenatal set oleh shaklee.

✔️ Berat badan berjaya dikawal dengan
      kenaikan 10 kg sepanjang kehamilan

✔️ HB lebih dari 10 berbanding kehamilan
      sebelum ni.Cantik bacaan HB dalam 12 -
      13

✔️ Tidak mudah letih

✔️ Lebih bertenaga

✔️ Selera makan lebih terkawal

✔️ Tiada masalah sembelit

✔️ Tiada kekejangan otot ( simpul biawak)



Inilah set kehamilan yang saya gunakan




Ada 6 item untuk set kehamilan shaklee ni.

1. ESP ( Energising Soy Protein)

Sangat membantu mengawal kolesterol ibu hamil. Paras GI yang rendah sesuai diamalkan ibu hamil GDM kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama.  Ia membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu hamil.  Selain itu, ia membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi.

2. Vitalea

Merupakan multivitamin dan mineral lengkap juga mengandungi zat besi. Ia membantu masalah HB rendah yang membawa kepada anemia terutamanya kalangan ibu hamil.  HB ynag sentiasa rendah boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu hamil juga akan berasa mudah letih dan mudah pitam.

3. B-complex

Ia sangat bagus untuk mencegah dan mengawal diabetis ketika hamil. Ia berperanan menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Ia dilengkapi dengan asid folik yang penting untuk perkembangan saraf bayi. Bagi ibu yang selalu mengalami stress di rumah dan ditempat kerja, sangat elok untuk mengamalkannya kerana ia adalah vitamin anti stress.

4. Vitamin C

Ia membantu menguatkan sistem imun badan. Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Kalau ibu hamil jatuh sakit, susah hendak mendapatkan ubat yang bersesuaian ketika hamil. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai kulit yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.

5. Ostematrix

membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ini ialah bekalan kalsium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami masalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.

6. Omega Guard

sangat penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari, berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang menaglami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.

Ingin cuba? Boleh hubungi untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

Selain itu, set kehamilan shaklee sangat menjimatkan dan berbaloi.

Dengan promosi Jom Shaklee sehingga 31 Mei, setiap pembelian set prenatal akan dapat rebate sehingga 10% dari harga ahli.

Untung siapa yang telah mencuba set ini untuk kehamilan yang sihat dan selamat.. insya Allah.

Artikel ini tidak bertujuan untuk mendiagnos atau mengubati sebarang penyakit. Jika terdapat simptom yang lebih serius silalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

COD Bandar Penawar, Kota Tinggi, Sungai Mas, Papan Timur, Bandar Mas, Gugusan Air Tawar, Gugusan Waha, Gugusan Sening, Tanjung Sedili, Rengit.


Farizan

019-5413469

Jom Shaklee ! Dapat produk Shaklee dengan harga JIMAT




Nak dapat produk shaklee lebih rendah dari ahli?

Boleh je.

Anda hanya perlu buat pembayaran sebanyak rm 35 untuk menjadi ahli shaklee.

Cara kedua ialah membuat pembelian barangan shaklee sehingga 100uv dalam satu resit.

Atau

Cara ketiga ialah membuat pembelian salah satu welcome set.

Apa tu Welcome Set?

Welcome set ini hanya ekslusif untuk ahli baru shaklee sahaja.

Bukan sahaja harga 10% lebih rendah malah dapat lagi rebate bonus sebanyak 11% dan... x perlu bayar postage.

Member pun tak dapat nak beli dengan harga semurah tu..  😊
Best kan...


Welcome set

1) Daily Essential Welcome Set



2) Prenatal Welcome Set (Set kehamilan)

mengandungi 6 item:
ESp, Vitalea, Omega Guard, Sustained Released Vitamin C, B-Complex dan Ostematrix


3) Postnatal Welcome Set ( Set berpantang)


mengandungi 7 item:
ESP, Vitalea, Omega Guard, Sustained Released Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan Alfalfa Complex.

4) 


Mengandungi 4 item:

Youth Luminous Gel Oil Cleanser, Youth Perfecting Skin Toner, Youth Age Defense Moisturizer SPF 50, Youth Advanced Renewal Night Cream - Rich/Light
Rich untuk kulit kering
Light untuk kulit normal/ berminyak.

Best ke best....

Grab cepat produk pilihan anda.


Tak perlu berfikir lagi dan jadilah sebahagian ahli shaklee . Insya Allah kesihatan akan jadi lebih baik.

COD kawasan Sungai Mas, Papan Timur, Bandar Mas, Kota Tinggi, Bandar Penawar, Sungai Rengit, Gugusan Kledang, Tunggal Sening, Gugusan Waha, Aping, Lok Heng, Tanjung Sedili.


Farizan

0195413469



Sunday, 3 May 2020

YOUTH PROMO MAY 2020

Alhamdulillah...  Set Penjagaan Kulit Youth masih ada promo. Memang ditunggu-tunggu. Dengan setiap pembelian 200uv produk Youth, baru lah layak untuk pembelian travel set Youth juga.



Apa yang ada dalam Set Penjagaan Kulit Youth ni?

1. Luminuous gel oil cleanser

    Membersih, menghalus dan.
    menyediakan kulit anda secara lembut
    untuk wajah yang lebih berseri.

2. Perfecting Skin toner

    Membersihkan sel kulit mati,
    menghidratkan dan membekalkan
    nutrisi kepada kulit.

3. Age Defense Moisturiser SPF 50

    Melindungi, menyuburkan dan.
    melembapkan kulit serta
    meningkatkannkeseluruhan tona kulit.

4. Advanced Renewal Night Cream

    Menyokong proses pembaharuan sel
    kulit agar kulit tampak lebih muda,                halus dan berseri.

5. Youth Activating Serum

    Menjana dan memperbaharui kulit pada.
    peringkat sel untuk kulit lebih berseri .
    dan lebih muda.


Keperluan individu adalah berbeza. Untuk dapatkan hasil yang maksimum, sila hubungi Pengedar shaklee yang berdekatan.

Pengedar Shaklee
Bandar Penawar/Pengerang/KotaTinggi/Sg Mas


Farizan
WA 019-5413469

Monday, 17 September 2018

Atasi morning sickness ketika hamil.

Maaf! Saya bukan mengada-ngada.

Benar mabuk hamil bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Hampir 60% ibu hamil mengalami mabuk hamil. Betapa teruk keadaan seseorang ibu itu bergantung pada kadar sensitiviti tubuh ibu tersebut. Kasihannya jika masih ada yang tidak memahami.

Bermula saat berbadan dua, ibu akan mengalami perubahan hormon yang drastik bagi persediaan perkembangan janin di dalam perut dan kesihatan tubuh ibu sepanjang kehamilan. Perubahan inilah yang sangat memberi kesan kepada aktiviti harian, ditempat kerja dan juga aktiviti sosial.

Doktor hanya akan merawat mabuk hamil ini sekiranya keadaan menjadi serius atau dikenali sebagai "hyperemesis Gravidarum".

 Ibu muntah 10 hingga 20 kali dalam sehari menjadikan ibu sangat letih dan hampir tidak bermaya.

Selain muntah sangat kerap ibu juga mengalami masalah menelan makanan. Sepatutnya ibu mengambil makanan penuh nutrisi bayi perkembangan bayi dalam kanfungan. Kesannya ibu mengalami penurunan badan yang sangat banyak.

Segelintir ibu menghasilkan air liur yang banyak sehingga sukar untuk minum air. Keadaan ini menyebabkan ternyahidat dan ibu akan merasa sangat letih dan lesu.

Keadaan ini boleh bermula seawal 4 minggu kehamilan dan boleh berlanjutan sehingga minggu ke 20. Tempoh ini tidak tetap dan berbeza antara individu.


Beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh ibu bagi mengurangkan morning sickness:

✔    kerap makan tapi sedikit-sedikit
untuk atasi rasa loya akibat perut kosong. Cara ini dapat mengekalkan tahap gula dalam darah. Simpan biskut kering, kurma ,kismis atau buah dalam bekas.

✔️ Cuba elakkan makan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng. Makanan seperti ini meningkatkan rada loya dan mual.

✔️ Amalkan makanan yang kaya dengan protein dan Vitamin B. Menurut kajian ibu Yang kekurangan vitamin ini kerap mengalami morning sickness.

✔️ Makan biskut dan snek yang mudah dihadam terutamanya waktu pagi atau ketika sedang berehat.

✔️ Pastikan kerap minum air di antara waktu makan tanpa muntah semula. Hadkan minum air semasa makan jika ia menyebabkan muntah. 8 gelas air putih mesti diminum diantara waktu senggang.

✔️ Dapatkan rehat yang secukupnya. Tekanan dan keletihan boleh menyebabkan mabuk hamil                 semakin serius.

✔️ Amalkan minum teh halia kerana is dapat menghilangkan rasa loya dan melegakan perut

✔️ Hidu  lemon. Lemon juga memberi kesan menenangkan kepada tubuh.

✔️Ambil suplemen dicadangkan oleh doktor kerana ramai yang berjaya mengurangkan kesan mabuk hamil dengan mengambil suplemen yang betul.

Cadangan suplemen untuk ibu hamil

Vitalea


Vitalea merupakan multivitamin yang mengandungi 23 vitamin dan mineral. Mengandungi iron yang penting untuk pembentukan darah dan mengelakkan ibu daripada pitam. Ia sangat baik kerana boleh membekalkan nutrisi yang Gilang akibat loya dan muntah.


B-Complex




B-Complex sangat baik bagi mengatasi rasa loya. Ia boleh mencegah anemia akibat muntah dan kurang selera makan. Mengurangkan kemurungan dan stress. Membantu pembentukan haemoglobin dan membekalkan tenaga.


Peppermint-ginger Plus
Mengandungi rasa pudina yang membantu mengatasi rasa loya. Sangat bagus melegakan ketidakselesaan perut kerana mengandungi halia. Hanya melarutkan 2 biji peppermint-ginger plus dalam secawan air teh panas boleh membantu mengurangkan rasa loya dan melegakan mabuk hamil.



Performance drink


Mengurangkan dehidrasi akibat muntah. Memberi tenaga berpanjangan untuk ibu melalui harinya dengan lebih baik

Cadangan di atas hanyalah salah satu ikhtiar yang boleh diambil jika ibu tidak sanggup keadaan berlanjutan.

Banyak berdoa juga sebagai satu terapi untuk mengembalikan ketenangan kepada ibu.

Ingin dapat produk diatas,anda boleh menghubungi saya

FB: Nurul Farizan Supaat
Page: Mama Farizan
Instagram : NurulFarizanSupaat
WhatsApp: 013-2742174
Cod sekitar Kota tinggi, pengerang , mawai Dan sedili pada hujung minggu.

p/s : Artikel diatas tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. Jika berlanjutan hendaklah mendapatkan rawatan doktor bertauliah dengan segera.


Mama Farizan

Friday, 14 September 2018

Anak cukup nutrisi lebih bijak dan cerdas

Assalamualaikum.

Minggu ini kita bercuti lagi pada hari Ahad sempena hari Malaysia pada 16 September. Seronok memang seronok tapi jangan lupa. Selepas cuti ada macam-macam peperiksaan yang akan anak-anak kita hadapi.

September sudah bermula UPSR. Oktober peperiksaan PT3. Selepas tu , peperiksaan SPM pula menyusul. 

Bagi anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan umum , ada peperiksaan akhir tahun pula. Penat juga kan.

Semalam kawan saya bertanya

" Anak akak dah nak exam UPSR ni. Tak lama dah. Sempat ke nak bagi suplemen pada die. Kesian tengok die belajar. Penat."

Bila dah nak exam ni, bukan anak sahaja penat, ibu bapa pun kecut perut. 

Cadangan saya untuk anak-anak yang sedang belajar ialah Set Anak Bijak Shaklee. 

Set ini merangkumi keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.

1. perkembangan Otak dan Minda
2. Meningkatkan tahap Imunisasi
3. menyokong Pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat dan kuat
4. melengkapkan nutrisi kanak-kanak yang selalu memilih makanan.

Mealshake



Diperbuat daripada soya yang mengandungi 19 vitamin dan juga mineral tambahan yang diperlukan oleh anak-anak untuk membesar dengan kuat dan sihat. Ianya rendah lemak dan rendah indeks glisemik (kandungan glukosa). TIDAK ADA pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tiruan. Sesuai dijadikan sarapan pagi bagi membekalkan tenaga anak-anak seharian

Omega Guard


Omega Guard dapat meningkatkan sistem imun tubuh anak-anak. Tubuh anak- anak boleh melawan jangkitan penyakit seperti demam selsema dan batuk berkahak. Mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sangat disyorkan untuk anak-anak hiperaktif dan autisme. Ia sangat bagus bagi meningkatkan kesihatan peparu.

Chewable Vitamin C  plus 100 mg


Chewable Vitamin C plus 100 mg telah dipertingkatkan formulasinya dengan tambahan citrus bioflavanoid complex dan menjadikannya antara suplemen paling lengkap di pasaran. Vitamin C sangan diperlukan untuk meningkatkan sistem imun dan anak-anak mendapat bekalan antioksidan yang mencukupi.

Anak-anak yang mendapat nutrisi yang mencukup akan lebih bersemangat dan tidak mudah jatuh sakit. Mereka juga akan lebih mudah ingat dan memahami ilmu yang guru berikan. Kalau dulu anak-anak akan mengelak bila disuruh belajar, insya Allah mereka sendiri yang akan mula bertanya dan akan belajar dengan lebih tekun.

Jangan dilupa, marilah kita sama-sama mendoakan anak-anak dengan kejayaan cemerlang.

Ingin dapatkan Set Anak Bijak Shaklee, anda boleh hubungi

FB :Nurul Farizan Supaat
Whatsapp: 013-2742174



Mama Farizan


Penafian: produk diatas tidak bertujuan memulih, merawat dan menceah sebarang penyakit. Jika masalah berlanjutan sila hubungi individu yang bertauliah.