Makan set kurus tapi tak kurus kurus.
Makan set kulit cantik tapi kulit tetap macam muka bulan
Makan set sendi tapi sendi masih rasa sakit.
Makan set kesuburan tapi....
Ada tak kat sini mengalami situasi diatas.. Mestilah ada.. kan..
Sedikit perkongsian antara beberapa sebab makan suplemen tapi masih tak dapat kesan yang dikehendaki.
1. Minum air 3L sehari.
Dulu saya susah nak minum air. Kalau minum of coursela air manis kan sedap. Tu lah yang silap. Sebenarnya tubuh kita amat memerlukan air supaya sel tubuh dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Setiap sel mengandungi 80% cecair. Apabila mengambil sebarang suplemen, ia perlu larut supaya dapat diserap oleh sel. so kalau kurang minum air, nutrien takkan sampai ke sel tubuh kita. selain itu, air diperlukan untuk menyingkirkan toksik keluar dari tubuh. so walaupun makan suplemen, toksik masih ada dalam tubuh tentu-tentu suplemen sukar memberi impak kepada tubuh.
2. Jadual pengambilan
Bila rasa nak ambik, ambik.. bila tak nak tak ambik. Sama seperti ubat, mengambil suplemen mestilah mengikut jadual yang diberikan. Kita tak digalakkan untuk mengambil semua suplemen dalam 1 masa. Ini juga akan menyukarkan penyerapan dan suplemen menjadi kurang berkesan.
3. Dos pengambilan
Dos pengambilan yang disarankan oleh RDA biasanya tertulis pada botol. Jadi kena ikutlah saranan yang diberikan supaya kita dapat kesan lebih cepat dan efektif.
4. Pantang larang
Ada setengah suplemen tak digalakkan untuk ambil bersama seperti alfalfa dan ostematrix. Zinc pula lebih sesuai diambil semasa perut kosong. Panduan sebegini perlu diberi perhatian kerana ia juga akan menggangu kesan penyerapan suplemen.
5. No kafein please.
Terdapat individu yang mengambil suplemen dengan kopi atau teh sebab tak boleh nak telan. Sebenarnya kafein juga mengganggu penyerapan nutrien secara optimum. Sebaiknya ia diambil bersama air kosong. Jika tak boleh juga boleh ambil bersama jus buah.. itu lebih baik.
6. Jarakkan pengambilan jika di bawah pengawasan.
Individu dibawah pengawasan doktor kerana sakit kronik perlu menjarakkan pengambilan suplemen seeloknya 2 jam daripada ubat. Contoh jika jam 7am ambil ubat doktor, maka pengambilan suplemen perlu pada jam 9 am pagi. Ia mengelakkan sebarang interaksi antara ubat dan suplemen yang tidak diingini.
Kesimpulannya, sama ada pengambilan ubat atau suplemen perlukan disiplin bagi mendapatkan hasil yang diingini. Kita perlu mengikut peraturan yang digariskan untuk mendapatkan kesan yang optimum. Ikut nasihat yang diberikan supaya tiada sebarang komplikasi.
Hanya sekadar perkongsian..
Friday, 27 November 2015
HB rendah semasa hamil
Salah satu prosedur wajib bagi ibu hamil ialah menjalani pemeriksaan paras sel darah merah. Hal ini memberi pengesanan awal anaemia ketika hamil dan membolehkan rawatan lebih awal dilakukan bagi mengelakkan pelbagai masalah kepada ibu dan bayi.
Anaemia terjadi apabila darah tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti haemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke tisu badan ibu dan bayi
Antara sebab anemia terjadi ialah masalah penghasilan sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah atau kemusnahan sel darah merah.
Kekurangan zat besi menjadikan sel darah merah berkurang kerana ibu hamil sepatutnya menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran bayi.Sekiranya zat besi tidak dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi , penghasilan sel darah merah oleh tubuh tidak dapat menampung keperluan ibu dan janin.
Vitalea dari Shaklee telah dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu-ibu yang hamil. Ia merupakan multivitamin yang pertama dicipta dan telah berusia 100 tahun di pasaran. Produk yang telah ada sejarah tersendiri dan prestasi yang tinggi telah banyak membantu ibu hamil mengatasi masalah anemia.
Testimoni berikut adalah ibu hamil yang berjaya meningkatkatkan paras Hb semasa hamil.
Hubungi kami jika anda berminat mendapatkan Vitalea dengan harga yang berpatutan. Kami sangat mengalu-alukan jika anda juga ingin menjana pendapatan melalui Shaklee. Kumpulan kami akan membantu anda as we work as a team.
FB: Nurul Farizan Supaat
FB page: Mama Farizan
Google Page: Pengedar Shaklee Seremban
Instagram : Nurul Farizan
Call/Whatsapp : 0192009335/0132742174.
Tuesday, 24 November 2015
Gastrik Reda dengan Vitamin C
Dulu saya kerap diserang gastrik. Orang kata kena amalkan minum susu supaya ia berkurangan tetapi menjadi lebih teruk lagi. Ada satu ketika saya tidak boleh makan nasi dan hanya makan bubur sahaja. Teruk tak teruk..
Tekanan di tempat kerja dan waktu makan yang tidak teratur menyebabkan gejala gastrik yang teruk. Apabila individu berada dibawah tekanan, asid perut mula dirembeskan dengan lebih banyak menyebabkan pedih perut akibat dinding perut yang mula terhakis atau luka. Dengan pengambilan vitamin C, ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman berbanding tanpa vitamin C.
Nak share satu testimoni..
Kenapa pilih vitamin C shaklee?
- Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulit.
- Pembebasan setiap jam 1.5 vitamin C ke dalam tubuh. Kandungan vitamin C dalam tubuh kekal selama 5 jam dengan satu tablet.
- Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita.
dan banyak lagi....
Mahal ke..
Setiap botol mengandungi 180 tablet dan boleh tahan antara 2 hingga 4 bulan.
Oleh kerana promosi tinggal lagi 5 hari, baik cepat2 grab supaya dapat nilai harga yang sangat berpatutan. Tak rugi jika ada menyimpan sebotol di rumah.
Hubungi kami jika anda ingin mendapatkan segala kebaikan dalam sebotol vitamin C.
Nak harga jauh lebih murah? Boleh sertai kami dan kami akan beri anda panduan pemakanan yang sesuai. Hanya eksklusif kepada pelanggan setia kami sahaja.
Fb : Nurul Farizan Supaat
Fb Page : Mama Farizan
Instagram: Nurul Farizan
Call/Whatsapp : 0192009335/0132742174
Sunday, 15 November 2015
Kata-kata suatu DOA
Kata-kata memang suatu doa. Segala perkataan yang keluar dari mulut kita menjadi doa dan harapan yang ada dalam fiiran kita.
Kata-kata yang positif akan merangsang diri untuk melakukan perkara yang baik- baik sahaja.
Melalui kata-kata juga, minda kita akan menjadi lebih positif.
Oleh itu kalau kita nak berjaya, kata-kata yang baik dan minda positif sangat penting supaya kita tak mudah mengalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)