Showing posts with label Set kesuburan lelaki. Show all posts
Showing posts with label Set kesuburan lelaki. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Hipogonadisma....Sindrom Kekurangan Testosteron

Apa dia testosteron?

Testosteron adalah sejenis hormon lelaki yang dihasilkan oleh tubuh manusia, terutamanya dari kelenjar testis lelaki. Ia juga terhasil dalam jumlah sedikit pada wanita daripada kelenjar adrenal pada buah pinggang.

Ia adalah hormon utama untuk lelaki. Paras hormon lelaki paling tinggi ketika remaja sehingga awal 20an dan mula turun dengan kadar 1% setahun bermula usia 30 tahun.

Fungsi Testosteron


Fungsi utama testosteron ialah membentuk ciri-ciri fizikal kelelakian seperti misai, janggut, suara garau, bahu lebar, perut kempis, otot besar , minda fokus dan penumpuan serta untuk merangsang nafsu syahwat.

Tanda-tanda paras Testosteron menurun


Tanda-tanda apabila paras testosteron menurun hingga ke satu paras rendah ialah perut buncit, otot menjadi kecut dan lembik, mudah letih dan lesu, gangguan mood dan emosi, mudah marah, kurang fokus dan tumpuan, kemurungan dan yang paling ditakuti adalah mati pucuk.

Lelaki yang mengalami masalah biasanya tidak mempunyai semangat untuk bersenam dan membuat aktiviti fizikal.

Punca-punca


Antara punca-punca hipogonadisma ialah penyakit diabetes, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal, obesiti, kolesterol tinggi, atherosklerosis, tekanan melampau, sindrom metabolik, merokok dan kesan sampingan ubat tertentu.

Lelaki mempunyai masalah sindrom kekurangan testosteron mempunyai masalah zakar lemah, tidak keras dan tidak boleh kekal keras.

Jalan penyelesaian


Masalah ini tidak akan selesai dengan mengambil ubat tenaga batin seperti sildenafil, taladafil atau vardenafil. Rawatan khusus untuk menggantikan hormon testosteron ini secara pil, krim atau gel sapuan perlu dilakukan untuk membantu merawat masalah ini.

Kesan sampingan


Wujud sedikit kesan sampingan pengambilan gantian testosteron seperti jerawat , kulit berminyak, gangguan prostat, bengkak sembab air, bengkak puting dada dan dengkur kuat.

Lelaki dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan dan rawatan secara khusus daripada doktor pakar dan profesional.

Lelaki juga dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang kerana ia lebih menjamin kesejahteraan di masa akan datang.

Credit: Metro Ahad

Tuesday, 9 December 2014

11 kelebihan Zinc Complex


Suatu khazanah
Zinc Complex daripada shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.

Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam berat seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.


Manfaat Utama :

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabung DNA,RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk kolagen - membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

4. Bintik putih di kuku - Bintik putih dikuku adalah tanda kekurangan zinc. Kekurangan zinc boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan, atau hilang daya ingatan.

5. Mempertingkat Sistem Imun - Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkat sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepat pemulihan luka - Mempercepat pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

7. Memperbaiki masalah prostat - Melindungi kesihatan prostat , memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan seks lelaki - Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.



9. Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan deria bau - Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif


Banyaknya kelebihan zinc.... Jom sihat bersama Shaklee


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.








Set Kesuburan mengatasi masalah kesuburan kaum Adam

40 tahun lalu, satu pasangan tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. masalah kesuburan atau kemandulan sangat jarang didengar. Tetapi tidak lagi diabad ke 20. Kadar kesuburan telah jatuh dan akan terus jatuh sehingga mengatasi kadar kelahiran dalam masa 10 hingga 40 tahun lagi.

Walaupun banyak kesalahan diletakkan terhadap kaum hawa, hakikatnya lebih separuh daripada kes yang telah dikaji adalah disebabkan oleh faktor kaum adam. 

Satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2012 mendapati hanya 1 daripada 4 lelaki yang memiliki kualiti simen yang optimal. Anggarannya, kiraan bilangan sperma jatuh sebanyak 50% sejak 1930. 

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki ialah testis tidak boleh menghasilkan sperma, bilangan sperma yang sedikit, kualiti sperma yang rendah serta masalah mati pucuk.

Selain itu, masalah ketidakseimbangan hormon atau kurang hormon seks dirembes, organ seks yang cacat serta masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi juga menjadi penyumbang masalah kesuburan lelaki.

Berita baik!!!

Hasil beberapa kajian, saintis mendapati masalah sperma boleh diatasi dengan pengambilan nutrien tertentu secara istiqamah. 


Vitamin C

Vitamin C mampu meningkatkan bilangan sperma, kemampuan pergerakan sperma dan kualiti struktur sperma itu sendiri. 

Vitamin E

Vitamin E meningkatkan pelekatan sperma kepada ovum serta mengurangkan kerosakan DNA sperma. 

Pengambilan vitamin C dan E melindungi sperma daripada tindakan radikal bebas.

Zinc

Kekurangan zinc menyebabkan isipadu simen untuk sperma bergerak berkurang. Pengambilan zinc yang berterusan mampu meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma, kapasiti persenyawaan serta menurunkan paras kerosakan DNA, kepincangan struktuk DNA dan aras antibodi DNA. Oleh itu, zink sangat penting terutamanya mereka yang merokok.

Alhamdulillah... 

Sebagai manusia kita mampu merancang tapi Allah punya rahsia yang tidak diketahui. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Banyakkan bersabar, berdoa dan dekatkan diri kepadaNya.

Salam Sayang,


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.

Sunday, 7 December 2014

Vitamin E Complex terbaik untuk anda

Vitamin E Complex Shaklee dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi serta digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta gama, delta).  Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.



Istimewanya vitamin E complex shaklee mengandungi 10 mg selenium semulajadi. 

Selenium berfungsi :
* membantu tubuh menyerap vitamin E
*memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot
*penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium 
*mengukuhkan anti-oksida
*melindungi retina

Manfaat Utama :

1. Melindungi jantung


Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

2. Mempertingkat kemampuan reproduktif


Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3. Anti-penuaan

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit , tona muka, dada dan otot peha.

4. Antioksida yang kuat

Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk antioksida yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.


5. Kelestarian tenaga

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.


6. Memperbaiki athritis

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

7. Menghalang keguguran

Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopouse seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.



8. Memperbaiki parut

Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.




Banyak juga manfaat vatmin E nih...... So apa tunggu lagi... Jom sihat bersama Shaklee

Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.