Apa dia testosteron?
Testosteron adalah sejenis hormon lelaki yang dihasilkan oleh tubuh manusia, terutamanya dari kelenjar testis lelaki. Ia juga terhasil dalam jumlah sedikit pada wanita daripada kelenjar adrenal pada buah pinggang.Ia adalah hormon utama untuk lelaki. Paras hormon lelaki paling tinggi ketika remaja sehingga awal 20an dan mula turun dengan kadar 1% setahun bermula usia 30 tahun.
Fungsi Testosteron
Fungsi utama testosteron ialah membentuk ciri-ciri fizikal kelelakian seperti misai, janggut, suara garau, bahu lebar, perut kempis, otot besar , minda fokus dan penumpuan serta untuk merangsang nafsu syahwat.
Tanda-tanda paras Testosteron menurun
Tanda-tanda apabila paras testosteron menurun hingga ke satu paras rendah ialah perut buncit, otot menjadi kecut dan lembik, mudah letih dan lesu, gangguan mood dan emosi, mudah marah, kurang fokus dan tumpuan, kemurungan dan yang paling ditakuti adalah mati pucuk.
Lelaki yang mengalami masalah biasanya tidak mempunyai semangat untuk bersenam dan membuat aktiviti fizikal.
Punca-punca
Antara punca-punca hipogonadisma ialah penyakit diabetes, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal, obesiti, kolesterol tinggi, atherosklerosis, tekanan melampau, sindrom metabolik, merokok dan kesan sampingan ubat tertentu.
Lelaki mempunyai masalah sindrom kekurangan testosteron mempunyai masalah zakar lemah, tidak keras dan tidak boleh kekal keras.
Jalan penyelesaian
Masalah ini tidak akan selesai dengan mengambil ubat tenaga batin seperti sildenafil, taladafil atau vardenafil. Rawatan khusus untuk menggantikan hormon testosteron ini secara pil, krim atau gel sapuan perlu dilakukan untuk membantu merawat masalah ini.
Kesan sampingan
Wujud sedikit kesan sampingan pengambilan gantian testosteron seperti jerawat , kulit berminyak, gangguan prostat, bengkak sembab air, bengkak puting dada dan dengkur kuat.
Lelaki dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan dan rawatan secara khusus daripada doktor pakar dan profesional.
Lelaki juga dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang kerana ia lebih menjamin kesejahteraan di masa akan datang.
Credit: Metro Ahad
No comments:
Post a Comment