Koronari adalah nama salur darah yang membekalkan darah kepada otot jantung supaya ia dapat mengepam darah ke seluruh badan.
Jika dulu penyakit ini selalu menyerang warga emas, kini golongan muda turut terdedah kepada penyakit tersebut.
Penyakit jantung koronari berpunca apabila salur darah koronari menjadi sempit sehingga tidak dapat membekalkan darah secukupnya kepada otot jantung menyebabkan dada rasa sakit. Salur darah koronari sempit disebabkan pengumpulan sel dan plak lemak pada dinding salur darah.
Tanda-tanda serangan sakit jantung koronari ialah rasa sakit dada pada bahagian tengah atau kiri, berpeluh dengan banyak, sukar bernafas dan lenguh pada tangan kiri.
Salur darah koronari boleh jadi semakin sempit apabila wujud faktor lain seperti darah tinggi, diabetes dan kolesterol tinggi.
Jantung juga boleh jadi semakin tenst apabila perlu bekerja keras seperti waktu bersenam, berjalan jarak jauh, menaiki tangga atau dalam keadaan tertekan.
Individu yang salur darah koronarinya sudah tersumbat, boleh mengalami serangan jantung jika jantungnya perlu bekerja keras.
Penyakit jantung koronari boleh dielakkan.
Elakkan dari penyakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, kegemukan dan sifat malas bersenam.
Amalkan gaya hidup sihat, kawal pemakanan seharian , lakukan aktiviti fizikal secara berkala dan tinggalkan tabiat merokok.
Buat pemeriksaan berkala di pusat perubatan bagi memantau tahap kesihatan.
No comments:
Post a Comment