Sunday, 5 October 2014

Aidiladha......10 Zulhijjah

Sejurus selepas menunaikan solat sunat pagi ini, umat Islam meraikan kebesaran Aidiladha melalui ibadat korban sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah SWT.

Sejarah Aidiladha bermula dengan peristiwa ujian daripada Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Melihat kesabaran dan kepatuhan Nabi Ibrahim dan anaknya melaksanakan perintah-Nya, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan seekor binatang sembelihan besar seperti tercatat dalam al-Quran.

Sambutan Aidiladha tidak terlalu diraikan seperti Aidilfitri. Menurut bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, sambutan Aidiladha lebih dituntut berbanding Aidilfitri. Ini kerana Islam menyebut Aidiladha sebagai 'aidilakbar' yang membawa erti lebih besar.

Hukum melaksanakan korban ternakan adalah sunat mu'akaddah iaitu umat Islam sangat digalakkan menunaikan ibadat berkenaan.

Kelebihan meraikan Aidiladha dibuktikan apabila takbir bergema selama empat hari empat malam berbanding Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, sambutan Adiladha lebih diraikan di Pantai Timur berbanding Aidilfitri.

Kredit : Rencana metro Ahad 5 Oktober 2014



Waallahualam

No comments:

Post a Comment