Apa itu GMO?
GMO merbahaya?
Persoalan ini selalu kita dengar tetapi adakah kita cukup jelas tentang GMO dan kesannya kepada kehidupan kita.
Berikut ialah petikan daripada Metro Ahad 5 Oktober 2014.
Teknologi GMO atau pengubahsuaian organisma secara genetik mula berkembang sejak 30 tahun lalu akibat tuntutan menghasilkan makanan bagi menampung keperluan penduduk dunia yang semakin bertambah.
Ia adalah organisma, dengan bahan genetiknya diubahsuai menggunakan teknik dalam bidang genetik. Ia dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA atau memasukkan genetik yang dibuat di dalam makmal.
Penggunaan organisma daripada tumbuhan bagi menghasilkan benih bijirin dan tumbuh-tumbuhan yang tahan penyakit dan seterusnya boleh bertindak bagi membunuh perosak tanpa penggunaan racun dan mempunyai ketahanan penyakit.
Di Malaysia terdapat hanya 6 jenis jagung, 5 jenis soya dan 2 pokok hiasan yang terhasil daripada GMO dibenarkan untuk pasaran.
GMO dikawal oleh Lembaga Bio Keselamatan Kebangsaan (LBK) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitan (NRE) yang mengawal pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubahsuai hidup (LMO) dan GMO selepas akta Undang-undang Biokeselamatan 2006.
Antara produk GMO di pasaran :
- Jagung
- Kacang soya
- Kapas
- Haiwan ternakan dan tenusu yang diberi makan bijirin
- Beras emas yang mempunyai Vitamin A
- Makanan yang siap diproses
Kebaikan GMO:
- Meningkatkan hasil tanaman dalam jumlah tinggi dalam masa yang singkat bagi populasi dunia yang semakin meningkat.
- Tanaman transgenik untuk produk vaksin dan ubat untuk mengubati penyakit manusia
- Pokok yang terhasil mampu membunuh perosak tanpa bantuan racun serangga
- Pemuliharaan tanah, air dan tenaga serta pembaharuan di dalam pengurusan sisa semulajadi
Keburukan GMO:
- Perubahan genetik boleh meningkatkan kadar toksin semulajadi dalam tumbuhan dan berkemungkinan gangguan kepada fungsi hati.
- Menurunkan paras enzim penghadaman dan berkemungkinan pertambahan terhadap alahan
- Timbul kerisauan masyarakat bahawa mungkin menyebabkan peningkatan penyakit barah
- Pertanian dimonopoli oleh sebuah organisasi dengan memaksa petani membeli benih GMO
Pilihan di tangan anda
No comments:
Post a Comment