Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh merosakkan sel dan tisu dalam badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses pengoksidaan.
Banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria merbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.
Tubuh kita lazimnya boleh mengendalikan radikal bebas tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga terkumpul selari dengan peningkatan usia.
Kebolehan menghasilkan antioksida semakin berkurang apabila usia semakin meningkat. Oleh itu kita perlu bergantung kepada antioksida luaran bagi memenuhi keperluan tubuh. Antioksida terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotein, lutein, likopena, selenium, vitamin C dan vitamin E.
Bagi memenuhi keperluan antioksidan harian anda, shaklee membekalkan makanan tambahan yang diperlukan untuk kehidupan sibuk dan aktif.
Kelebihan Viamin E
Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan bagi melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang @ melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak serta masalah kesihatan. Nak tahu kelebihan Vita-E lagi boleh klik di sini.
Kelebihan Vitamin C
Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Banyak lagi kelebihan vitamin C yang perlu anda dapat.
Kelebihan Carotomax
Pengambilan kerap beta karotene dapat mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
Kesihatan yang baik akan terserlah melalui seri wajah dan kulit anda.
Mari kita lihat testimoni rakan-rakan yang dah berpuashati dengan penggunaan antioksida yang berterusan.
Testimoni 1 : Kulit kusam menjadi cantik
Berminat?
Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.
No comments:
Post a Comment