Monday, 6 October 2014

Alfalfa Complex

Alfaalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. ia telah digunakan  oleh manusia sejak lebih 2500 tahun. Ia juga telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu.



Manfaat utama Alfalfa Complex


  1. Meneutralkan badan berasid kerana alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali.
  2. Menghilangkan toksid dari badan
  3. Membersihkan hati, kolon dan darah.
  4. Mencantikkan kulit
  5. Melawan alahan
  6. Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.
  7. Menyingkirkan lemak 
  8. Menghapuskan kolesterol
  9. Mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  10. Melawan tumor
  11. Melegakan keletihan
  12. Mencegah dan merawat atritis

Testimoni sakit tumit kaki yang hilang setelah mengamalkan alfalfa secara konsisten.


Sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk.

Pm/call/whatsapp : Nurul (013-2742174)


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.

Sunday, 5 October 2014

GMO Mudarat ?

Adakah anda tahu GMO?

Apa itu GMO?

GMO merbahaya?

Persoalan ini selalu kita dengar tetapi adakah kita cukup jelas tentang GMO dan kesannya kepada kehidupan kita.

Berikut ialah petikan daripada Metro Ahad  5 Oktober 2014.

Teknologi GMO atau pengubahsuaian organisma secara  genetik mula berkembang sejak 30 tahun lalu akibat tuntutan menghasilkan makanan bagi menampung keperluan penduduk dunia yang semakin bertambah.

Ia adalah organisma, dengan bahan genetiknya diubahsuai menggunakan teknik dalam bidang genetik. Ia dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA atau memasukkan genetik yang dibuat di dalam makmal.

Penggunaan organisma daripada tumbuhan bagi menghasilkan benih bijirin dan tumbuh-tumbuhan yang tahan penyakit dan seterusnya boleh bertindak bagi membunuh perosak tanpa penggunaan racun dan mempunyai ketahanan penyakit.

Di Malaysia terdapat hanya 6 jenis jagung, 5 jenis soya dan 2 pokok hiasan yang terhasil daripada GMO dibenarkan untuk pasaran. 

GMO dikawal oleh Lembaga Bio Keselamatan Kebangsaan (LBK) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitan (NRE) yang mengawal pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubahsuai hidup (LMO) dan GMO selepas akta Undang-undang Biokeselamatan 2006.

Antara produk GMO di pasaran :

  • Jagung
  • Kacang soya
  • Kapas
  • Haiwan ternakan dan tenusu yang diberi makan bijirin
  • Beras emas yang mempunyai Vitamin A
  • Makanan yang siap diproses

Kebaikan GMO:

  • Meningkatkan hasil tanaman dalam jumlah tinggi dalam masa yang singkat bagi populasi dunia yang semakin meningkat.
  • Tanaman transgenik untuk produk vaksin dan ubat untuk mengubati penyakit manusia
  • Pokok yang terhasil mampu membunuh perosak tanpa bantuan racun serangga
  • Pemuliharaan tanah, air dan tenaga serta pembaharuan di dalam pengurusan sisa semulajadi

Keburukan GMO:
  1. Perubahan genetik boleh meningkatkan kadar toksin semulajadi dalam tumbuhan dan berkemungkinan gangguan kepada fungsi hati.
  2. Menurunkan paras enzim penghadaman dan berkemungkinan pertambahan terhadap alahan
  3. Timbul kerisauan masyarakat bahawa mungkin menyebabkan peningkatan penyakit barah
  4. Pertanian dimonopoli oleh sebuah organisasi dengan memaksa petani membeli benih GMO


Pilihan di tangan anda




Aidiladha......10 Zulhijjah

Sejurus selepas menunaikan solat sunat pagi ini, umat Islam meraikan kebesaran Aidiladha melalui ibadat korban sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah SWT.

Sejarah Aidiladha bermula dengan peristiwa ujian daripada Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Melihat kesabaran dan kepatuhan Nabi Ibrahim dan anaknya melaksanakan perintah-Nya, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan seekor binatang sembelihan besar seperti tercatat dalam al-Quran.

Sambutan Aidiladha tidak terlalu diraikan seperti Aidilfitri. Menurut bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, sambutan Aidiladha lebih dituntut berbanding Aidilfitri. Ini kerana Islam menyebut Aidiladha sebagai 'aidilakbar' yang membawa erti lebih besar.

Hukum melaksanakan korban ternakan adalah sunat mu'akaddah iaitu umat Islam sangat digalakkan menunaikan ibadat berkenaan.

Kelebihan meraikan Aidiladha dibuktikan apabila takbir bergema selama empat hari empat malam berbanding Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, sambutan Adiladha lebih diraikan di Pantai Timur berbanding Aidilfitri.

Kredit : Rencana metro Ahad 5 Oktober 2014



Waallahualam

Saturday, 4 October 2014

Hikmah dan Fadhilat di sebalik Ibadah Korban

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah.....Syukur tahun ini kita sekali lagi diberi kesempatan meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang. Bagi yang telah berniat untuk membuat korban , tentunya sambutan kali ini lebih dirasai dan dihayati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu   ( Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian Hadith: 

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang 
dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hikmah korban antaranya adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.


Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Fadhilat korban juga adalah sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Fadhilat seterusnya bagi orang yang melakukan korban ialah dijanjikan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."



Wallahualam....


Tuesday, 23 September 2014

CollagenPowder Shaklee....

Garis halus, kedutan dan kulit yang kendur adalah antara kesan penuaan yang disebabkan oleh faktor masa dan graviti. 

Selain itu, genetik juga memainkan peranan penting. Contohnya jika kedua ibu bapa kita menghasilkan kedutan pada usia yang muda, peluang untuk kita mengalaminya juga sama. 

Matahari, nasib kurang baik atau tekanan juga menyumbang terhadap penghasilan kedutan kekal di muka.

Walau apapun sebabnya, kedutan adalah satu perkara yang kurang disenangi dan tidak dialu-alukan.

Berita baiknya ialah terdapat cara yang semulajadi untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Apabila usia meningkat, kulit kita akan kehilangan sifat elastik dan ketegangannya. Antara sebabnya kehilangan dan kemusnahan kolagen di lapisan derma kulit.

Kolagen wujud secara semulajadi didalam kulit sebagai struktur sokongan dan akan kehilangannya apabila usia meningkat. Kulit akan mula menipis dan kedutan mula kelihatan [sumber: New Zealand Dermatological Society]. Selain itu, apabila kolagen musnah kulit menjadi lemah dan menyebabkan kekenduran kulit berlaku.

Bagaimana cara untuk mendapatkan bekalan kolagen yang mencukupi?

Penyelesaian mudah. Dengan mengamalkan collagen shaklee secara konsisten, individu yang ingin mengekalkan keremajaan akan mendapat kebaikan dan hasil yang terbaik.




Kebaikan:

  • membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah.
  • menggalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lembut.
  • menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar.
  • membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi.

Selamat Mencuba!!!




Monday, 22 September 2014

Vita - Lea Shaklee with Iron Formula


Vita-lea @ Iron formula adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Ia dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap , 12 vitamin dan 7 mineral.

Tablet Vita-lea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks disebut "Explo-tab". Ia merupakan tablet yang paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia.

Siapa yang memerlukan Vita-lea?
  • Individu yang lupa makan mengikut piramid makanan
  • Individu yang lupa makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 5 sajian sehari
  • Individu yang lupa mengurangkan garam, gula dan lemak dalam sajian


Jika anda tidak mendapat vitamin daripada makanan segar dan sihat, multivitamin perlu diambil bagi memenuhi kekurangan zat yang boleh menjejaskan kesihatan dan menjadi punca keletihan melampau dan penyakit-penyakit lain.



Testimoni  pengguna:

" Puan N seorang isteri yang bekerja. Rutin beliau seawal jam 4 pagi dan mula menyediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Pulang ke rumah Pn N akan mula menyediakan makan malam dan menyelesaikan tugas-tugas seorang surirumah. Membantu anak menyiapkan homework menjadi satu aktiviti wajib setiap malam. Dengan mengamalkan vitalea sebiji sehari, beliau mampu melaksanakan tugas beliau dengan baiknya"






Selamat Mencuba!!!!




** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sunday, 21 September 2014

ESP SHAKLEE ... untuk semua peringkat umur.


Protein sangat penting dalam pembentukan otot, tulang, kulit, rambut dan pelbagai organ dan tisu tubuh serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka organ kita sangat memerlukan protin.

Sumber protin?


Protin boleh didapati melalui daging merah, ikan, ayam telur, kekacang dan banyak lagi. Tetapi ia akan musnah apabila dimasak pada suhu yang tinggi.

Apa itu asid amino?


Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino. Setiap satu akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh yang dikenali asid amino tak perlu. 

Asid amino yang yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dikenali sebagai asid perlu. Ia harus diperolehi dari sumber pemakanan.

The Shaklee Difference


Shakle menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut melalui ESP [Soy Protein Isolate Powder].

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program [IPP]. Ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik , daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Kandungan Indeks glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan is sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Antara kelebihan ESP Shaklee:

  • Awet muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavone, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Kulit remaja- merangsang pembentukan kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • membaiki masalah rambut beruban dan rambut gugur


Selamat  Mencuba !!!

*********************************************************************************
**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.