Wednesday, 10 December 2014

Hilang parut dengan Vitamin E

Jerawat ! Parut Jerawat!... EEEEIIIII....

Kehadiran parut jerawat bukan sahaja mencemarkan kulit malah menyebabkan hilang keyakinan diri terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.

Banyak produk dari yang paling murah hingga paling mahal telah dicuba... namun hasilnya amat mengecewakan. Ia mungkin tidak sesuai dengan kulit.

Dulu .. saya pun mengalami masalah yang sama... Bila dah mula tumbuh ... kesan lebam bukan main susah nak hilang... muka nampak bintik-bintik hitam.

Sekarang... tak lagi.. Alhamdulillah..

Sejak saya menggunakan Vitamin E dari Shaklee.. Jerawat susah nak hinggap kat pipi..

Vitamin E telah membersihkan kulit saya dari dalam.



Saya masih lagi menggunakan Vitamin E sebagai masker...Bila muka rasa pedih kena sunburn saya letak yogurt campur vitamin E.. rasa sejuk je muka u... Tak caya .. boleh cuba...

Salah satu rahsia vitamin E ialah ia dapat memudarkan parut dengan cara makan secara terus atau sapu pada parut.

Jom kita tengok testimoni kawan-kawan yang dah cuba..

Testimoni 1




Testimoni 2



Okay... apa tunggu lagi..harganya pun sangat berbaloi...dan sangat menjimatkan... 

Jom cantik bersama shaklee... 


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.


5 Makanan Untuk Tingkatkan Kualiti Sperma

Bagi lelaki yang sedang berusaha menimang cahaya mata atau menambah bilangan ahli keluarga mungkin boleh amalkan sumber makanan ini.

Ini antara sumber makanan yang membantu kesuburan lelaki dan kualiti sperma yang penting untuk penghasilan zuriat.

1 Pisang 

   Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi bromelain iaitu enzim anti radang semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron (hormon seks lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.



2 Coklat gelap

Coklat mengandungi L-arginin, asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.



3 Bawang putih

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) , bahan yang memainkan peranan penting dalam ereksi. Ia juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.



4 Buah delima

Buah delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondealdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondealdehyde juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.


5 Daging

Daging mengandungi zat besi yang membantu menghalang radikal bebas yang akan mengurangkan kualiti sperma. 



kredit :mingguan wanita


Tuesday, 9 December 2014

Set Kesuburan Wanita Shaklee

Set kesuburan wanita dari shaklee meningkatkan kemampuan wanita untuk hamil. Peluang kepada wanita yang dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak.

Apa yang ada dalam set kesuburan wanita shaklee.....


Jom tengok testimoni:


Berusaha, bertawakal dan berdoa. Segalanya adalah mungkin. Apa yang penting kita perlu yakin segala yang berlaku adalah terbaik untuk kita. Insyaallah..

COD sekitar Seremban 2
Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.



11 kelebihan Zinc Complex


Suatu khazanah
Zinc Complex daripada shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.

Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam berat seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.


Manfaat Utama :

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabung DNA,RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk kolagen - membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

4. Bintik putih di kuku - Bintik putih dikuku adalah tanda kekurangan zinc. Kekurangan zinc boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan, atau hilang daya ingatan.

5. Mempertingkat Sistem Imun - Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkat sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepat pemulihan luka - Mempercepat pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

7. Memperbaiki masalah prostat - Melindungi kesihatan prostat , memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan seks lelaki - Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.



9. Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan deria bau - Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif


Banyaknya kelebihan zinc.... Jom sihat bersama Shaklee


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.








Set Kesuburan mengatasi masalah kesuburan kaum Adam

40 tahun lalu, satu pasangan tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. masalah kesuburan atau kemandulan sangat jarang didengar. Tetapi tidak lagi diabad ke 20. Kadar kesuburan telah jatuh dan akan terus jatuh sehingga mengatasi kadar kelahiran dalam masa 10 hingga 40 tahun lagi.

Walaupun banyak kesalahan diletakkan terhadap kaum hawa, hakikatnya lebih separuh daripada kes yang telah dikaji adalah disebabkan oleh faktor kaum adam. 

Satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2012 mendapati hanya 1 daripada 4 lelaki yang memiliki kualiti simen yang optimal. Anggarannya, kiraan bilangan sperma jatuh sebanyak 50% sejak 1930. 

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki ialah testis tidak boleh menghasilkan sperma, bilangan sperma yang sedikit, kualiti sperma yang rendah serta masalah mati pucuk.

Selain itu, masalah ketidakseimbangan hormon atau kurang hormon seks dirembes, organ seks yang cacat serta masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi juga menjadi penyumbang masalah kesuburan lelaki.

Berita baik!!!

Hasil beberapa kajian, saintis mendapati masalah sperma boleh diatasi dengan pengambilan nutrien tertentu secara istiqamah. 


Vitamin C

Vitamin C mampu meningkatkan bilangan sperma, kemampuan pergerakan sperma dan kualiti struktur sperma itu sendiri. 

Vitamin E

Vitamin E meningkatkan pelekatan sperma kepada ovum serta mengurangkan kerosakan DNA sperma. 

Pengambilan vitamin C dan E melindungi sperma daripada tindakan radikal bebas.

Zinc

Kekurangan zinc menyebabkan isipadu simen untuk sperma bergerak berkurang. Pengambilan zinc yang berterusan mampu meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma, kapasiti persenyawaan serta menurunkan paras kerosakan DNA, kepincangan struktuk DNA dan aras antibodi DNA. Oleh itu, zink sangat penting terutamanya mereka yang merokok.

Alhamdulillah... 

Sebagai manusia kita mampu merancang tapi Allah punya rahsia yang tidak diketahui. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Banyakkan bersabar, berdoa dan dekatkan diri kepadaNya.

Salam Sayang,


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.

Sunday, 7 December 2014

Vitamin E Complex terbaik untuk anda

Vitamin E Complex Shaklee dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi serta digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta gama, delta).  Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.



Istimewanya vitamin E complex shaklee mengandungi 10 mg selenium semulajadi. 

Selenium berfungsi :
* membantu tubuh menyerap vitamin E
*memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot
*penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium 
*mengukuhkan anti-oksida
*melindungi retina

Manfaat Utama :

1. Melindungi jantung


Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

2. Mempertingkat kemampuan reproduktif


Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3. Anti-penuaan

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit , tona muka, dada dan otot peha.

4. Antioksida yang kuat

Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk antioksida yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.


5. Kelestarian tenaga

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.


6. Memperbaiki athritis

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

7. Menghalang keguguran

Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopouse seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.



8. Memperbaiki parut

Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.




Banyak juga manfaat vatmin E nih...... So apa tunggu lagi... Jom sihat bersama Shaklee

Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.


Kulit berseri dengan vitamin C

Kulit gelap dan kusam.
Memiliki kulit putih dan berseri menjadi idaman setiap wanita.

Malangnya tidak semua wanita dianugerahkan dengan kulit yang mudah di jaga.

Antara penyebab kulit menjadi kusam ialah tompokan sel kulit mati akibat metabolisma kulit yang kurang baik.

Ia juga akibat proses penuaan serta pendedahan kepada sinar matahari yang kerap.

Kulit merupakan organ terbesar tubuh yang terbina daripada kolagen. Vitamin C diperlukan supaya molekul bagi protein kolagen terbina sebaiknya. Vitamin C menghalang kolagen daripada lemah dan musnah dalam proses hidoksilasi. Dengan kata lain, Vitamin C sangat diperlukan dalam mengekalkan kolagen.

Vitamin C meningkatkan paras gluthathione dalam darah. Gluthathione membantu mengawal penghasilan pigment cerah dan gelap (pheomelanin dan eumelanin) pada kulit. Pengambilan vitamin C secara berterusan akan mencerahkan kulit anda dan menaikkan seri wajah anda.

Jangan susah hati... Vitamin C sustained release shaklee kan ada...

Ramai yang dah cuba dan dah putih dengan pengambilan secara berterusan.

Jom tengok testimoni kat bawah.


Ha... sapa nak putih mari kontak saya ....

COD area seremban,  seremban 2 dan senawang.


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.





Friday, 5 December 2014

10 kelebihan memperkukuh silaturrahim

10 kelebihan silaturrahim:

1. Mendapat redha Allah kerana Dia menyuruh bersilaturrahi.

2. Menyenangkan mereka kerana ada hadis yang menegaskan bahawa amal paling utama ialah menyenangkan orang mukmin.

3. Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim.

4. Mendapat pujian kaum muslimin

5. Menjengkelkan iblis.

6. Menambah umur

7. Menjadi keberkatan rezekinya

8. Menyenangkan orang yang sudah mati.

9. Memupuk rasa cinta dalam kalangan keluarga, sehingga suka membantu apabila memerlukan bantuan.

10. Bertambahnya pahala sesudah mati kerana selalu ingat kepadanya dan mendoakan kerana kebaikannya.

Abu al-Laits

Keistimewaan Vitamin C

Keistimewaan Vitamin C 

  • Pertahanan menentang radikal bebas

          Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menentang radikal bebas. Antioksidan 
          merupakan molekul yang membantu tindak balas kimia berlaku di dalam tubuh. Ia mengawal 
          tindak balas radikal bebas yang sangat reaktif. Terlalu banyak radikal bebas di tempat yang 
          salah menyebabkan kerosakan sel dan tisu tubuh. Vitamin C berfungsi mengawal kerosakan 
          tersebut.
  • Membentuk kolagen
          Vitamin C diperlukan untuk merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas 
          otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kekurangan vitamin C yang teruk boleh 
          menyebabkan hilang kekuatan tulang dan menyebabkan otot menjadi lembik.

  • Memperbaiki simptom pendarahan
          Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan 
          yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun
          Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel 
          darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, asthma. Ia 
          mempercepatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser
          Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa mampu meningkatkan interferon semulajadi 
          tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia           berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. 

  • Mencantikkan kulit
          Pengambilan vitamin C setiap hari mampu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan 
          menyekat pembentukan pigmen penyebab utama jeragat.

  • Mengekalkan kolesterol sihat
          Vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah 
          yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, 
          hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

_________________________________________________________________________________

Sustained release Vitamin C 500 mg

Formulasi hebat untuk keluarga sihat. 

Pastikan anda juga telah mendapat kehebatan vitamin C shaklee ni ya.

 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 4 December 2014

Antioksida dan kesan hebat terhadap tubuh......

Antioksida adalah bahan yang dapat mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif  yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh merosakkan sel dan tisu dalam badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses pengoksidaan.

Banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria merbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Tubuh kita lazimnya boleh mengendalikan radikal bebas tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga terkumpul selari dengan peningkatan usia.

Kebolehan menghasilkan antioksida semakin berkurang apabila usia semakin meningkat. Oleh itu kita perlu bergantung kepada antioksida luaran bagi memenuhi keperluan tubuh. Antioksida terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotein, lutein, likopena, selenium, vitamin C dan vitamin E.


Bagi memenuhi keperluan antioksidan harian anda, shaklee membekalkan makanan tambahan yang diperlukan untuk kehidupan sibuk dan aktif.


Kelebihan Viamin E

Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan bagi melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang @ melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak serta masalah kesihatan. Nak tahu kelebihan Vita-E lagi boleh klik di sini.

Kelebihan Vitamin C

Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Banyak lagi kelebihan vitamin C yang perlu anda dapat.

Kelebihan Carotomax

Pengambilan kerap beta karotene dapat mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. 

Kesihatan yang baik akan terserlah melalui seri wajah dan kulit anda. 

Mari kita lihat testimoni rakan-rakan yang dah berpuashati dengan penggunaan antioksida yang berterusan.

Testimoni 1 : Kulit kusam menjadi cantik 

Berminat?


Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.


Tuesday, 25 November 2014

Gout

Kristal asid urik

Gout adalah sejenis athritis sendi yang berlaku secara mengejut dan cepat. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.

Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.
Malangnya bagi penyakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya menyebabkan paras asid urik dalam darah meningkat.
Asid urik ini akan mendap di sendi, terutamanya sendi besar. Biasanya, mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti di belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Ketika serangan gout berlaku, asid urik menyebabkan keradangan pada sendi. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah pesakit terpaksa mengambil cuti semasa serangan gout berlaku.

Antara faktor-faktor pencetus gout ialah makan terlalu banyak makanan yang mengandungi purin, kecederaan sendi, tidak cukup minum air, badan tidak cukup kandungan air akibat pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Amalan penting bagi pesakit gout ialah meminum air masak dua hingga tiga liter sehari. Ini penting kerana asid urik boleh dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing. Lebih banyak minum air masak, lebih kerap ke tandas seterusnya lebih banyak asid urik dapat dikeluarkan dari tubuh.

Pesakit gout juga disaran menghadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan serta makanan yang kaya purin seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercangkerang.

Kawal berat badan anda. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, mulakan senaman dan kawal pemakanan supaya penurunan berat badan berlaku perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak juga boleh menyebabkan serangan gout.

Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak serta karbohidrat kompleks seperti bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat diproses seperti roti putih dan kek.


Cara rawatan

Gout dirawat untuk mengurangkan kesan serangan akut. Ubat yang berbeza akan diberikan di bawah pengawasan doktor bertauliah. Antaranya ialah nonsteroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs), colchine, and steroids. Bagi mengawal aras asid urik pula allopurinol, febuxostat dan probenecid.

Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pesakit gout. Ia lebih selamat dan berkesan.


Apakah supplement yang dicadangkan untuk pesakit gout?

1. Alfalfa- Ia berfungsi menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilannya memerlukan pesakit minum air 2-3 L sehari supaya proses detoks berlaku lebih lancar.

2. Omega guard - Minyak ikan yang bertindak sebagai anti radang. Ia mampu mengurangkan keradangan pada pesakit gout.

3. Performance Drink - Membantu pesakit mengawal kandungan air dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.





Tuesday, 21 October 2014

Set Slimming Shaklee

Set Slimming Shaklee telah membantu ramai orang untuk mengurangkan berat badan dan membuang lemak degil. Penurunan berat badan yang selamat menjamin penurunan berat yang berkekalan...bukan sebulan atau dua bulan sahaja. Pastinya ramai yang telah mengalami masalah ini terutamanya mereka yang telah obes dalam jangka masa yang lama.

Apa yang menjadikan Set Slimming Shaklee ini berkesan ya? Ia mengandungi Cinch Shake, Cinch Tea, lecithin dan alfalfa. Jom tengok keistimewaan produk satu persatu.

1. Cinch Shake



Ciri -ciri istimewa:
  • Berasaskan soya bebas GMO
  • Bebas laktosa
  • Indeks glisemik rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Diperkaya dengan leucine bagi memelihara otot semasa menurunkan berat badan anda.
  • Tinggi kandungan serat
  • Mempunyai 3 pilihan rasa vanilla, coklat dan caffe latte.
  • Dilengkapi dengan pelbagai vitamin menjadikan anda lebih sihat dan cergas.






2.Cinch Tea



Ciri-ciri istimewa:
  • Diadun dengan campuran Matcha green tea powder, red tea extract, white tea extract and rooibos red tea extract.
  • Ditambah dengan taurina bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
  • Meningkatkan metabolisma
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.





3. Lecithin

Tambah kapsyen
Ciri-ciri istimewa:
  • Diekstrak dari kacang soya organik non-GMO
  • Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin
  • Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.
  • Bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu dalam mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
  • menghalang obesiti
  • meringankan sembelit dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.









4. Alfalfa

Ciri-ciri istimewa:
  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
  • Mencuci usus bagi membuang toksin
  • meneutralkan asid dalam badan
  • mengandungi saponin seperti span yang bertindak seperti serat yang menyerap kolesterol
  • menghilangkan toksin dari badan
  • melegakan keletihan
  • mencegah atritis
  • melawan alahan












 Mari kita tengok testimoni rakan-rakan yang dah berjaya kurus dengan set slimming shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3


Bestkan... anda bila lagi. Jangan simpan lemak-lemak degil tu lama-lama ya. Apapun kita juga mesti mengamalkan gaya hidup sihat supaya kesihatan dan kesejahteraan hidup lebih seiring. 

Kalau nak mencuba boleh hubungi saya seperti di bawah ya. 

Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor.


Tuesday, 14 October 2014

Set Bersalin Shaklee mudah dan berkesan

SALAM. Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Bersalin Shaklee. Ramai yang dah mencuba dan mendapat kebaikan sepenuhnya. Apa yang ada di sebalik set bersalin Shaklee ya.

SET ASAS 


Set Asas terdiri daripada Vita-Lea with Iron formula, B-Complex, Sustained Released Vita-C dan Zinc Complex.

Vita-Lea membekalkan 23 jenis vitamin yang diperlukan sepanjang proses berpantang bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh ibu. Ibu perlu mengelakkan makanan tertentu oleh itu melalui pengambilan vitalea, keperluan nutrisi dan vitamin ibu dapat dipenuhi dengan baik. Zat besi diperlukan bagi pembentukan sel darah merah kerana ibu telah kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran bayi. Ibu yang kekurangan darah akan kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya.

Vitamin B Kompleks bertindak sebagai penenang atau anti stress bagi mengelakkan sindrom meroyan semasa proses berpantang. Ia menukarkan makanan kepada tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, tubuh akan kembali bertenaga dan segar sepanjang berpantang.

Vitamin C pula sangat penting dalam membaik pulih luka jahitan. Ia meningkatkan imun sistem dan membantu dalam pembentukan kolagen.

Zink diperlukan untuk mempercepatkan luka selepas bersalin. Ia banyak terdapat didalam ikan haruan dan menjadi makanan utama sepanjang proses berpantang.


SET PREMIUM SHAKLEE

Set Premium Shaklee menawarkan suplemen yang lebih menyeluruh. Set Premium mengandungi set basic termasuk  Enegizing Soy Protein Isolate Powder, ostematrix alfalfa complex dan lecithin.

ESP, Alfalfa dan Vita-lea berfungsi untuk memulihkan bahagian dalaman. B-Complex mengelakkan meroyan dan memanaskan badan. Ostematrix berperanan mengelakkan sembelit yang sangat ditakuti oleh ibu-ibu berpantang. Zinc Complex menyembuhkan luka. Alfalfa, ESP dan lecithin memperbanyakkan susu serta mengurangkan bengkak susu. Alfalfa bertindak sebagai minuman herba detoks semasa berpantang.

Ada juga ibu berpantang mengalami rasa sengal- sengal dan sejuk. Ia boleh diatasi dengan mengambil omega guard. Selain itu ia sangat baik untuk perkembangan otak bayi.


Jom lihat testimoni yang telah berpuashati dengan set bersalin shaklee.




Penafian; Segala testimoni / penulisan tentang produk di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan sebarang penyakit. Jika anda mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.